
Ada 3 perkara perlu dilakukan.
1 – Ubah Diri Sendiri.
Kadang-kadang kita sering berfikir bagaimana  hendak mengubah sikap anak-anak. Tetapi kita sering terlupa bahawa anak kita  adalah cermin kepada diri kita sendiri. Bagaimana mereka melihat kita, begitulah  sikap mereka. Adalah kurang baik untuk kita cuba mengubah sikap anak kita  sepertimana yang kita mahu sedangkan kita sendiri tidak berubah ke arah itu.
Jangan sesekali terfikir yang kita sudah  terlambat untuk mengubah sikap, kerana untuk mengubah sikap ia bergantung kepada  kemahuan dan usaha kita sendiri. Tiada kaitan dengan masa atau umur. Jika kita  sendiri rasa bahawa kita sudah terlambat, maka sikap yang ada pada anak-anak  kita itu sudah tentu tidak dapat diubah lagi.
2- Marah dengan menyebut kebesaran Allah  dan dengan nada yang sederhana.
Apabila marah, marahlah dengan menyebut nama  Allah. Biasanya apabila kita marah kita sering terlupa bahawa apa yang berlaku  itu adalah ketentuan dari-Nya. Dengan menyebut nama Allah kita akan kembali  ingat kepada-Nya meskipun dalam keadaan marah. Usah menengking-nengking dengan  kuat kerana perbuatan itu hanya akan menyebabkan hati kita semakin panas  membakar. Bercakap dengan nada yang sederhana dan tegurlah dengan baik.
3- Banyakkan berzikir, selawat dan  mempelajari ilmu agama bersama-sama anak. Tanamkan ke dalam hati kita dan  hatinya rasa cinta kepada Allah dan rasul-Nya.
Hanya diri yang kuat ingatannya pada ilahi dan  kuat imannya akan menjadi seorang yang tenang. Begitu juga anak-anak. Mereka  akan melihat bagaimana kita menghadapi sesuatu situasi. Jika kita sering  kelihatan tenang dan bersahaja, mereka juga akan terikut-ikut dengan sikap itu.  Namun untuk bersikap tenang kita perlu menyucikan hati dengan selalu mengingati  Allah.
Dari persoalan ini jelaslah kepada kita bahawa  tiada istilah terlewat dalam mendidik anak-anak mahupun mendidik diri sendiri.  Sebab itu Allah sentiasa membuka pintu taubat dan sudi mengampunkan dosa  mana-mana sahaja hambanya yang ingin bertaubat. Tidak kira berapakah umur  mereka. Manusia sentiasa boleh berubah.
Ketahuilah bahawa Allah mengurniakan  ganjaran yang besar untuk mereka yang menyayangi anak-anak. Di bawah adalah 9  fhadilat cara mendidik anak 
- Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
- Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
- Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
- Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
- Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
- Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
- Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
- Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
- Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Beberapa tahun yang lepas saya pernah mendengar  seorang ustaz mengajar. Ustaz itu menceritakan kisah Luqman Al Hakim.  Sebagaimana yang kita semua tahu, Luqman adalah seorang hamba yang sangat taat  kepada tuhan, beliau juga mempunyai anak yang baik budi perketinya, elok akhlak  dan kuat imannya. Bagaimanakah Luqman mengajar anaknya? Soalan ini pernah  ditanya oleh sahabat Luqman sendiri. Lalu Luqman menjawab:
“Saya mendidik anak saya sebelum mereka lahir lagi,  bahkan sebelum saya berkahwin!” 
Ehem, bagaimana ya ingin mendidik anak sebelum mereka dilahirkan? Luqman  menjawab lagi:“Didiklah diri kamu dahulu. Jadilah seperti mana  anak yang kamu inginkan!”
Kadangkala kita inginkan yang terbaik daripada  orang lain, sebaliknya kita sendiri tidak berubah ke arah itu. Begitu juga  dengan anak-anak, kita mahukan anak-anak yang baik, rajin, berhati mulia,  dihormati, disayangi dan disukai oleh sesiapa sahaja, namun kita sendiri tidak  pernah memperbetulkan diri untuk menjadikan diri kita sentiasa lebih baik dari  hari ke hari.
Jika mahukan anak yang sentiasa bersembahyang  jemaah di masjid, bersembahyanglah kita ke masjid mulai hari ini, jika mahukan  anak-anak yang cemerlang, cemerlangkanlah diri kita mulai hari ini, jika mahukan  anak yang suka bersosial, hiduplah kita dengan bersosial dan bebas tanpa  memikirkan apa yang bakal berlaku di masa hadapan.
Pesanan Saidina Ali:
Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza  setiap 7 tahun.
7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka  tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa  cinta.
7 tahun kedua, berlaku tegas  dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.
7 tahun ketiga,  berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman  untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir,  bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh  meroksakkan akhlak.
Subhanallah..Begitu banyak ganjaran yang Allah kurniakan kepada mereka yang menyayangi anaknya. Semoga kita semua mendapat fadhilat yang dinyatakan di atas. InsyaAllah…

 
 
No comments:
Post a Comment