Friday, 3 January 2014

2 0 1 3 go and 2 0 1 4 you are welcome

Bismillahirrahmannirrahim...

Still lagi belum terlambat untuk wish happy new year 2014. Kedatangan normal tahun berganti tahun masa dan umur manusia yang kian meningkat.. Kealpaan membuat kan aku lama dah tak berblogging. Tapi kali ni saje rasa nak menaip sesuatu. Sesuatu yang berbuku di hati ini. Dan masih terasa sejak dua tiga hari selepas pulang dari Johor tempat kelahiranku. Kemana tempat yang boleh ku curahkan rasa perasaan ini? Jawapanya  T I A DA. Maksudku untuk berkongsi rasa yang berbuku ini dengan sesorang tapi padaku tiada siapa yang akan mengerti dan aku tidak mahu untuk bercerita. Tapi di alam maya mungkin YA. Tapi jika siapa yang membaca, biarlah daripada mendengar dari mulutku sendiri.ia mungkin lagi baik.

Salah faham..

Membuatkan rasa tidak puas hati, marah dan geram dan berbagai lagi perasaan yang tidak menyenangkan. Ditelan mati emak diluah mati bapak dan itulah yang menghimpit situasi aku kini.. Suamiku yang aku kenal lebih daripada orang lain mereka menilai dia pada masa dia terlepas perasaan amarahya. Kerana sikapya itu membuatkan aku tidak senang.

Keluarga yang aku sayang sepenuh hati, walaupun aku sudah berkahwin tetapi mereka masih meganggap ku adik bongsu yang manja.. Mereka tidak senang bila aku dimarahi didepan mereka, mereka tidak senang bila anakku dijerit didepan mereka dan tika keadaan itu cuma akibat daripada salah faham sahaja semasa dua keluarga suami dan isteri ada pada masa yang sama. Ini amat membuatkan ku tertekan pada masa itu. Ahhhhhh waktu jika boleh diputarkan semula akan aku elakkan daripa ianya terjadi. Sakit hati. Mungkin lebih baik menyendiri daripada becampur dengan ramai keluarga yang berbeza latar belakang. Itu lebih baik.

Dan di saat ini aku hanya inginkan ketenangan... Ya Allah bantulah hamba mu ini dan ampun kan dosa dosa ku hapuskan kan rasa gelisah dan berikanlah rahmat mu agar hatiku kembali tenang Ya Allah Ya Tuhanku Maha mengetahui segalaNya.

Amin...