Wednesday, 18 January 2012

Kisah Bidadari :: Ainaa’ ul Mardhiyah ::

“Sebaik-baik wanita ialah yg tidak memandang & tidak dipandang oleh lelaki.”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.


    Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdul Wahid bin Zaid: “Pada suatu hari ketika kami di dalam satu majlis persiapan untuk pergi berjihad, aku memerintahkan kawan-kawanku untuk mula keluar ke medan peperangan pada hari Isnin, lalu seorang dari kami membaca ayat 11 surah Attaubah yang bermaksud: “Sungguh Allah SWT telah membeli dari kaum Mukminin jiwa dan harta mereka dengan dibayar syurga”.
Di dalam majlis itu ada seorang pemuda yang berumur 15 tahun. Beliau yang baru kematian bapanya telah menerima harta waris yang banyak telah berkata: “Ya Abdul Wahid, aku bersaksikan padamu untuk menjualkan diri dan hartaku untuk mendapatkan syurga itu”. Aku berkata padanya: “Sungguh berat untuk menghadapi tajamnya pedang itu sedangkan kamu masih kanak-kanak, aku takut kamu tidak tabah, juga tidak sabar untuk menghadapinya sehingga tidak kuat meneruskan penjualan itu”. Pemuda itu lantas berkata: ” Wahai Abdul Wahid, apakah aku akan lemah kalau aku menjualkan diriku pada Allah SWT? Aku persaksikan padamu sekali lagi bahawa aku telah menjualkan diriku pada Allah SWT. Kami tidak merasakan anak kecil tidak boleh berbuat demikian”. Maka pemuda itu menyerahkan semua hartanya yang ada kecuali pedang, kuda dan sedikit bekalan untuk ke medan peperangan.

Bila tiba hari Isnin, beliaulah orang yang pertama sampai untuk berangkat ke perbatasan dan mengucap salam kepada ku: “Assalamualaikum ya Abdul Wahid” Aku menjawab: “Wa alaikassalam warahmat Allah wabarakaatuh. Semoga Allah SWT memberi keuntungan dalam jualanmu itu.”

Ketika perjalanan, pemuda itu berpuasa di siang hari dan bangun sembahyang serta menjaga keselamatan kami di waktu malam. Beliau jugalah yang menjaga ternakan yang kami bawa sambil melayani keperluan kami di siang hari. Ketika sampai di sempadan negeri Rum, tiba-tiba pada suatu hari selepas waktu Asar, pemuda itu datang meluru sambil menyeru: “Alangkah rindunya aku akan Ainaa’ ul Mardhiyah”. Ramai di antara kami menyangka pemuda itu mengalami ganguan saraf ingatan.

Lalu aku menyambut kedatangannya seraya bertanya: “Wahai kesayanganku, apakah itu Ainaa’ ul Mardhiyah?” Lantas beliau menjawab: “Tadi aku tertidur sebentar. Aku bermimpi seseorang datang kepadaku seraya berkata, mari aku bawa kamu bertemu Ainaa’ ul Mardhiyah. Aku dibawa ke satu taman yang sangat cantik. Di situ ada sungai yang airnya sangat jernih. Aku melihat ramai gadis yang kecantikan mereka tidak dapat aku gambarkan, lengkap dengan perhiasan sedang bermain di taman itu. Apabila mereka menyedari kehadiranku, dengan wajah teramat gembira mereka berkata Demi Allah, itulah suami Ainaa’ ul Mardhiyah. Lantas aku memberikan salam kepada mereka, Assalamualaikunna, apakah di sini tempat Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka menjawab salamku dan berkata tidak, kami hanyalah budak dan pelayannya, majulah kamu ke depan lagi.”

Pemuda itu meneruskan ceritanya: “Akupun meneruskan perjalananku sehingga sampai ke satu taman yang ada sungai susu yang tidak berubah rasa. Kehadiranku disambut oleh sekumpulan gadis yang lebih cantik dari yang pernah ku lihat sebelum mereka. Mereka berkata, Demi Allah lihatlah, suami Ainaa’ ul Mardhiyah sudah sampai. Akupun mengucapkan salam kepada mereka lantas bertanya, apakah ada di antara kamu ini Ainaa’ ul Mardhiyah? Sesudah menjawab salamku mereka berkata yang mereka adalah budak serta pelayan-pelayan Ainaa’ ul Mardhiyah. Mereka meminta agar aku meneruskan perjalananku.”

Pemuda itu berkata lagi: “Aku meneruskan perjalananku sehingga sampai ke satu lembah yang ada sungai khamar pula. Di situ ramai gadis sedang bersuka ria, yang mana mereka lebih cantik sehingga menyebabkan aku lupa akan kecantikan gadis yang aku lihat sebelum mereka. Akupun mengucap Assalamualaikunna, apakah ada pada kamu Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka juga berkata tidak, kami hanyalah budak dan pelayannya, teruskan perjalanan kamu ke hadapan.”

Pemuda itu menyambung cerita: “Tiba-tiba aku bertemu pula dengan sungai madu di dalam satu kebun. Ku lihat kebun itu dipenuhi dengan ramai gadis yang bagaikan cahaya dalam kecantikan mereka. Aku mengucap Assalamualaikunna, apakah di sini ada Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka menjawab Ya Wali Allah, kami hanyalah budak serta pelayannya sahaja. Majulah kamu ke hadapan”.

Pemuda itu mengakhirkan cerita: “Akupun meneruskan perjalanan. Tiba-tiba aku sampai pada satu kemah yang diperbuat dari permata yang berlubang. Ku lihat ada seorang gadis yang lebih cantik dari sebelumnya sedang menjaga pintu kemah tersebut. Setelah ia melihat akan kehadiranku, dengan nada gembira ia berseru, wahai Ainaa’ ul Mardhiyah, suami kamu sudah sampai. Dengan rasa penuh rindu, akupun meluru masuk ke dalam kemah berkenaan. Di dalam kemah itu ada satu tempat tidur yang diperbuat dari emas yang bertaburan permata yakut serta berlian. Sungguh aku terpesona bila ku lihat akan kehadiran seorang gadis yang sangat cantik rupawan, menatap aku dalam senyuman duduk di atas tempat tidur berkenaan. Dengan alunan suara merdu ia menyambut aku dengan kalimat, Marhaban bi waliyir Rahman, sudah terlalu hampir saat pertemuan kita. Aku ingin mendakapnya. Tapi Ainaa’ ul Mardhiyah lantas berkata kepadaku, sabarlah dahulu wahai kekandaku kerana belum tiba masanya, kamukan masih hidup di alam dunia. Nanti bila malam kamu akan berbuka puasa di sini InsyaAllah. Kemudian akupun tersedar dari tidurku. Wahai Abdul Wahid, aku rasa tidak sabar lagi…”

Abdul Wahid berkata: “Belum sempat pemuda itu menghabiskan ceritanya, tiba-tiba kami diserang oleh pasukan musuh. Bersama pemuda itu kami melakukan serangan balas terhadap pasukan musuh berkenaan. Setelah ia berjaya membunuh sembilan orang kafir, akhirnya ku lihat pemuda itu rebah Akupun segera pergi ke arahnya. Dalam keadaan tubuhnya yang berlumuran darah, ku lihat pemuda itu dalam keadaan tersenyum sehinggalah ia meninggal dunia.”

Wallahu’alam.

P/S : Maybe the next coming baby i will gonna name by this beautiful of  bidadari syurga Allah "Ainaa’ ul Mardhiyah” if this is a baby girl .... soonn InsyaAllah!

Tuesday, 17 January 2012

Ayat Pengasih Nabi Yusuf Alaihissalam

Rahsia Ayat Pengasih Nabi Yusuf

Saya nak share dengan kengkawan di luar sana bagi sesiapa yang masih belum mengetahui tentang perkara ini. Marilah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini. Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah... teruskan.. Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapa mereka), keluar dan sahabat handai.
"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"


Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."


Kemudian sambung Surah Thaaha Ayat 39
"Wa-alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna' 'Alaa 'Ainii"

Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."

Caranya
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

*Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik

Friday, 13 January 2012

Outdoor chill-out

Baru-baru nie pak sedara n mak sedara dr kota tinggi datang... so utk meng-entertain tetamu kami dari jauh nie.. sis ita n mak telah bawa Ami Mamat n Umi Narimah off to Cameron Highland & Bukit Tinggi.. utk dua hari berturut....and me..hmm so sad masa tu saya kena sakit mata telah dijangkiti oleh Ajeeq sebelum ni.. ummi polak kena waduhh xdpt ler joint tp bole ler share gambar2 dorang masa gi sana...

Dah lama rasa xnaik cameron teringin la nak makan strawberry coklat kat atas nuu..sambil layan feeling angin sejuk and hot teh boh... ling...bile nak bawa ai gi ni? ehehehe...


short trip only them witout kids and cucu - cucu mereka... syokler eh


ladang teh yg menghijau...sejokkye mata

from left: my Mak , Umi Narimah n Ami Mamat 

tea time @ Cameron Valley

may fav... will gonna get this oneday...nak ajak Aling gi jgk... 

fresh strawberry tp biase klu dh bawa turun jadi masam!

ita borong bunga ka.. fresh flowers lebih murah banding beli kat kedai bunga biasa

bunga Lavenda pon ada jual taw.. Love it!!

Second Day Bukit Tinggi







Hope derang enjoyed this shor trip..just wanna reward them especially to Mak, Ami Mamat n Umi Narimah..dah penat jaga anak... jaga cucu... sekali sekala bagi derang rasa happy jalan-jalan... ; )

Wednesday, 4 January 2012

Gulai...ooo..Gulai...

Percubaan pertama saya memasak hidangan gulai tempoyak untuk Mr hubby...and the taste was good...well done! yeay..resepi dapat dari MIL ... bukanya susah pon sebenarye... bahan yg paling penting mestilah tempoyak atte udah musim doroyan kan...of cos byk stok doroyan ye..menyengat satu kete bawak balik KL...

Saya pon bukanye pandai sangat masak pon lepas kawen je baru reti masak lauk pauk... ehehe standart la tu kan..

hasil air tangan sendiri..meal for our lunch..
ikan goreng, rendang ayam nasi putih and......

gulai tempoyak dan sambal tempoyak
gulai tempoyak tu kalau selain ikan boleh gak ganti dengan udang & sayurye plak saye letak mentimun saje..

Musim dorian...

last 2 weeks balik ipoh not much xtiviti cuma yg best tgh musim dorian musim buah kat kg opah...mohle kite beramai-ramai balik ke Jawang gi dusun dorian pah.... 

Dusun dorian betul berdepan dengan sungai besar perak nyaman .. tenang... and 1st time tgk org masak lempuk...die cam kacau dodol jugakla non stop kena kacau sampai die likat and betul2 masak...


see view depan tu nampak kan  sungai perak....


disamping tu bolehla gak memancing ikan.. tapi kan my hubby mancing ikn sekor pon xkena kiiikiiiii....
sbb kite org kacau sibuk gak  nak turun patu pot pet pot pet... mcmana ikan nak kena..hihiihihi  tensen je my hubby korang nie buat bising je...alaa die tu yg xbrp reti nak pancing ckp kiteorg bising lak heehehe..


 air yg tenang jgn disangka tiada buaya..
eh..ada ke buaye??

haaa nila lempuk dorian tu..kacau sampai die jadi likat jenuh jugakla...

best je rasa mcni mcm berpiknik lak.. sambil tu ade cempedak goreng buah langsat...ajeeq sukela...

see si ajeeq tu dpat lepas berjalan menonong...je ikut sukedie patu bile kite kejar die..
die babai kite lak..