Kita semua tahu, dalam Al-Quran ada sebut tentang keluarga Imran. Walaupun kita tak tahu siapa Imran tu, tetapi Allah swt telah rakamkan kisah keluarga ini dalam Al Quran. Mengapa? Kerana..keluarga Imran ialah keluarga contoh yang ada fikir risau tentang zuriat. Mereka bukan risau zuriat mereka tak makan, takde rumah, atau takde kerja…Tapi fikir risau mereka adalah bagaimana anak dan zuriat mereka dapat jadi orang-orang yang khidmat untuk agama…fikir risau agar anak cucunya selamat dari disentuh dan diganggu oleh syaitan…
Justeru, kita baca dalam Al-Quran bagaimana isteri Imran, ibu kepada Hadrat Maryam a.s semasa hamil lagi telah berniat, malah menazarkan anaknya untuk berkhidmat kepada agama…Kemudian, dia doa lagi agar anaknya dan zuriatnya tidak diganggu syaitan. Maka lahirlah Maryam a.s dan Isa a.s tanpa disentuh oleh syaitan, mereka tidak menangis ketika lahir. (Selain dari mereka berdua, semua bayi yang lahir disentuh oleh syaitan sebaik saja mereka menerpa dari perut ibu mereka..)
Tapi, apabila lahirnya seorag anak perempuan, isteri Imran tidak putus asa dan gelabah, dengan tenang dia tunaikan nazarnya dan mengadu kepada Allah bahawa yang lahir ini adalah anak perempuan, dan perempuan tidak seperti lelaki. Namun, Allah Maha Tahu apa yang Dia taqdirkan…dan dia (isteri Imran) redha atas ketentuan ini, dan tetap tunaikan nazarnya dengan meletakkan Maryam a.s di mihrab (dlm kawasan masjid) dengan dijaga oleh bapa saudaranya Nabi Zakariyya a.s..
Pernah saya dgr tafsir kisah Maryam a.s ini, bahawa Maryam a.s ini cepat sekali tumbesarannya, bkn seperti manusia biasa…Hanya dalam beberapa tahun dia telah sampai umur jadi gadis, kemudian tambah matang…Begitu juga Nabi Isa as, lahir sahaja sudah boleh bertutur dengan fasih! Maknanya mereka membesar rapidly!
Pada zaman itu, keadaan semasa orang-orang Yahudi sangat rosak dari moral mereka. Justeru, Nabi Zakariyya a.s meletakkan Maryam a.s di tingkat yang tinggi dan dilindungi dari melihat persekitarannya…Khabarnya pintu untuk sampai ke mihrab tempat Maryam a.s tinggal mempunyai 27 pintu dan hanya Nabi Zakariyya a.s seorang sahaja yang boleh masuk ke situ.. masyaAllah…
Dengan izin Allah, Maryam a.s dibesarkan dalam suasana yang bersih dari maksiat, dalam suasana ibadat. Keyakinannya pada Allah bertambah, dengan datangnya buah-buahan di luar musim terus ke dalam mihrabnya…Apabila ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, dari mana datangnya buah-buahan ini, kerana hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk ke situ, dijawab Maryam a.s…”huwa min ‘indillah“…yang bermaksud; “ianya dari sisi Allah” . Sehingga berkali-kali ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, itu juga jawapannya…Maka yakinlah Nabi Zakariyya a.s bahawa anak gadis ini sangat istimewa, dapat rezeki terus dari Allah..
Dan kemudian dia pun terfikir, takkan dia pun tak boleh dapat, sedangkn dia seorang Nabi…Maka, dia terus doa untuk dapat zuriat yang akan menyambung kerja agamanya…(sedangkan pada waktu itu, Nabi Zakariyya a.s sudah tua dan isteri Nabi Zakariyya a.s sudah berumur 80 tahun++) Dan hasilnya, doa Nabi Zakariyya a.s dimaqbulkan oleh Allah dengan berita yang dia akan dapat seorang anak namanya Yahya yang akan menjadi nabi juga…MasyaaAllah! bukan saja dapat anak, siap nama dan tugas lagi dah diberitakan. Walhal baru berdoa, belum pun lahir anaknya…
Oh ye, kata-kata Maryam a.s tadi bila di tanya oleh Nabi Zakariyya a.s itu, (“huwa min ‘indillah“) pernah juga disebut-sebut oleh Fatimah r.aha bila beliau menerima pemberian dari sesiapa…Jadi, kita pun bila ada jiran ke.. sape-sape bagi kita makanan atau apa-apa juga, kita katalah ‘huwa min ‘indilllah‘…lebih-lebih lagi kalau orang atau suami.. atau anak tanya, “sapa bagi ni ummi?”…kita pun jawab dulu…’huwa min ‘indilllah….dan lepas tu, barulah cakap…”makcik nab sebelah tadi hantarkan..” begitulah hendaknya.. Semoga yakin kita bertambah pada Allah setiap waktu.
Kisah keluarga Imron ni, Allah beritakan dalam Quran supaya kita ambil kaedahnya…
1)Semasa hamil, niat anak untuk agama, doakan anak agar dilindungi Allah dari syaitan…Rujuk surah Ali Imran, ada ayat doa isteri Imran tu…Amalkan ye…
2)Ibu-ibu hamil, jangan tinggalkan ibadah kepada Allah, di samping dakwah siang hari, malam bangun tahjjud doa pada Allah.
3)Anak-anak yang sedang membesar, kita besarkan dalam suasana iman dan amal. Hari-hari, cakap tentang keyakinan dan kebesaran Allah sehingga dia yakin semuanya datang dari Allah…
4) Kita usaha anak kita diberi pelajaran agama yang baik, macam Maryam a.s dihantar kepada Nabi Zakariyya a.s untuk ditarbiyah agama…Kita bukan ustaz ustazah, kita hantar anak-anak ke madrasah agar dapat belajar agama. Tapi, untuk hasilkan iman yakin, hanya dengan dakwah, jadi kita didik anak kita dengan dakwah juga…
5)Bila kita hidupkan suasana iman dan amal dalam rumah, kita akan dapat keyakinan kepada Allah swt dan orang yang datang ke rumah kita juga akan terkesan dengan keyakinan kita
6)Anak-anak perempuan kita jangan selalu biasakan berada di luar rumah…nanti akan terkesan dengan suasana maksiat di luar…
Ada banyak lagi pengajaran dari kisah keluarga Imran ini, jadi kita bacalah Surah Ali Imran dalam al Quran, dan amalkannya…InsyaAllah semoga saya dapat amalkan, begitu juga dengan anda..dan sampai-sampaikanlah cerita ini pada yang lain….Macam Nabi Muhammad SAW sabda lebih kurang maksudnya, kadang-kadang orang yang disampaikan itu, lebih dapat amalkan dari orang yang menyampaikannya…kerana taufik hidayah adalah dari Allah…Moga-moga dapat sahamnya bila orang lain amalkan…
WALLAHUALAM…
Tuesday, 22 May 2012
Thursday, 3 May 2012
Makanan kesihatan saye...
Sepanjang bulan ni rakan-rakan seangkatan in same company happy dapat bonus & increament..masyuk!!
aku dah ade gak la beli2 sikit and sedikit budget pula dah dikongsikan bersama untuk my lovely Mak n beloved Hubby.. nothing else than seen them were happily like me n appreciated. Ni pon just only little that I could gave to em' at least something n special...
Orites so during my pregnant mood now that almost 5month already... I has bought some quality and good as well healthy for me n to my baby that I'm follow to sunnah.. apekah?
1. Pati Delima Gulasan made frm Turki
2. Kismis Minda
3. Kurma Nabi
4. Madu
5. Of cos the Obimin pil
Setiap hari semua benda ni saya makan... banyak khasiatye.. utk luar dan dalam
dan untuk ibu dan juga baby
kebaikkan pati delima spt di bawah... & kalau rajin bole tanye sama Encik GooGle : )
Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di
dalam syurga
sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)
Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan
serta pohon-pohon kurma dan delima.
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut
tiga kali dalam Al-Quran. Antara keunggulannya ialah
susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini
dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus
segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan
dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya
sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap
lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di
Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang
dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena
pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran
Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan
masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean,
disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas.
Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa
setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya
daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya
malar segar. Kini delima ditanam dari sejauh China
sehinggalah California
Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum diambil
dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
PENTINGNYA
WANITA MENGAMALKAN PATI DELIMA
1. Menegangkan payudara
2. Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
3. Mencerahkan kulit
4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut
6. Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
7. Merawat dan mencegah kanser rahim
8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.
11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj.
12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil
Thursday, 26 April 2012
AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR
Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....
♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,
♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.
♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.
♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Wednesday, 25 April 2012
20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!
Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Monday, 23 April 2012
Periuk Oh periuk...
Harini mak ada kat kelantan mengikuti rombongan kg KDARY... best betul ikut rombongan nie utk 3 hari just bayar RM50 je mkn minum ditanggung serta hotel.. seronokkan..tapi sume yg pergi warga2 emas kg. so okla untuk hiburan mereka.... lagipon Kg Dato'Abd Rahman Yassin Kluang ni mmg kuat UMNO so selalu la dapat sposor kalau gi rombongan kemana-mana... Untung-untung...
Dan tadi plak waktu lunch di office I call mak jap skg tgh berhenti di kawasan Sg Golok... so kalau nak masuk Thailand dah dekat sgt dah..seberang sungai je naik bot xsilap tadi just bayar RM1 waah murahye.. guna pasport atau tak dat one i dunno...
And yang best part pulak mak dah belikan saya periuk cap buaya, mak kata tebal and bagus kualiti ni... dengan loyang kukus.. kat rumah, kukus saya ada tapi xde loyang ntahape2 je... and periuk plak mak beli sbb kat rumah saya periuk yang ade cuma satu and itu pon dah naik hitam montot die..heheheeee teruk betul.. bab2 ni saya mmg xamik kisah sgt.. sbb masak pon bukan jenis berlauk2 ade sejenis kuah (Asam pedas ke, kari ke, sup ke) dah cukup dgn goreng2...tu psl kat umah satu je periuk utk masak..
Biasela mak bile datang rumah saya die la yang membelek dapur ape yang ade ape yang xcukup..pada die periuk tu penting ade.. mane bole satu je.. baik ye mak saye ni ingat kat saya belikan periuk cap buaya walla!! Love u mak.... ; D

Friday, 20 April 2012
Wedding
Salam..
Lame dah xde cite baru... citer tu ade... cume malas yang tahap dewa jadi xde upadate ape2.. heheehehe tapi baru2 ni pada 7.4.2012 lepas... anak sedara saya yang sulung dah selamat menikah.... Alhamdulillah... cepat ye rasa masa derang ni dah besar2 belaka.. nnt ucu dpt la tittle baru bile my niece ni ade anak nnt.. GRANNY?? Oh..tidak..... sungguh xpercaye...
Tahniah untuk Nina (Siti Syazana ) & pasangan... nama husband awak ucu lupe la sorry... heeehehee... my niece ni adalah anak kepada kakak saye yang sulung Along (Arwah Maimunah Binti Talib) during the akad nikah we all satu family rasa sedih sikit sbb teringatkan Along yang xdapat tengok anak die kahwen kire2 dah dekat 5 tahun jugak arwah Along pergi akibat breast cancer... semoga arwah Along dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T....
Majlis meriah anak first..biaselah dapat jodoh pon dekat org Kluang gak bagusla balik xde berebut... belah ayah Nina and family husband die keterunan jawa so biase kalau orang jawa ni buat kenduri makanan MasyaAllah banyak.. kalau kerepek tu jgn cakap la sampai harini masih ade lagi xtermakan saya bawa balik KL... dengan berkat Nasi Beriyani masa die kahwen lagi segala macam kuih muih la.. and yg best masa keje kahwen tu air bukan ade satu jenis 3 jenis Air Bandung, Air Mata Kucing & Air Asam Boi.. dat one my BIL and my second sister Angah sponser.. sampai 10x bancuh...and my hubby pon skali tlg jaga air..
We all plak saya & my 3rd sister Kak Ita xde buat keje ape2 sbb org rewang sedare mara die ramai... duk kat depan je ngadap pengantin with all my cousins n mak2 sedara belah mak saya jadi jemputan terhormat je. Dan paling banyak bergambar pon kiteorang la jugak..
Panjang plak intro ni.. so tengok jela gambar kat bawah nie masa keje kahwen tu... ni pon cilok dr FB nina tp xbest sbb die dah edit gbr pon kecik...hmm xpelah..nnt la godek balik kat camera lain cari yang lagi besar and clear... : D

ketika berinai... malam...
semasa majlis Akad Nikah
Majlis bersanding with my sis Ita..
Gbr tgn peace: duduk dr kanan belakang : Sis Angah , Saya , SiS Ita n Mak with Maisara
Duduk bawah dari kanan: NINI (adik Nina) with my son Azeeq, Zura (Angah doter) & Nani with Qabil (SIL my Abg wife)
Second gbr bawah: Budak baju Oren yg tgh duduk kat kosi pengantin tu anak my cousin Yan (Mak Andam)
with me, my niece Zura , Maisara & Azeeq...
Gbr Tepi plak: Masa mlm berinai : Nina ( baju Sari ) with SIL Nani with Qabil n Maisara
Gambar masa malam berinai bersama sedara mara . saya yg berbaju jubah merah menyala.. heheheh (borrow frm my Mak sbb perut saya udah bulat 4 bulan ;p... )
Ahli AJK rewang adik beradik , tok nenek, mak sedara anak sedara tolong menolong...
The gift and the bride with Heena art hand ( buat kat saloon India) pekat merah warna dia.. cantik xluntur sampai seminggu.. ape la ubat die taruk tu...
Ok... setakat nie hanya ni je gambar yang ade..sebenarye ade lagi tp kalau dpt cari share lagi yek..
ASSalam...
Thursday, 8 March 2012
Happy Anniversary 08.03.12 (Ajak&Abique)
As Salam, hari ni adalah hari ulangtahun perkahwinan ku yang dah masuk 4 tahun.. sekejap ye rasa dah 4 tahun eh.. Juga rasa kejap je Razeeq dah besar sekarang die dah setahun 8 bulan and tak lama lagi pulak Razeeq dah nak dapat adik baru..
To my dearest Aling...
Terima kasih menjadi teman , pendengar waktu sedih and suka I and Azeeq walaupun u xreti nak tunjuk sangat kasih sayang en romantik tapi xpe yang penting I tau U memang seorang yang peyanyang dan selalu ambil berat atas I and Azeeq...
Semoga rumahtangga kita hingga ke akhir hayat dan diberkati Allah s.w.t Amin.....
Love,
Abique

Wednesday, 7 March 2012
Jalan2 on weekand...
Diwaktu hujung minggu yg lalu.. aktiviti bersama jalan2 n pusing naik menara kat Putrajaya Percint 3 sebelah dengan tasik and dekat dengan Masjid Sultan Mizan... Permandangan on top cantik n rasa angin yang bertiup freshh je...
Fyi, Menara ni nak naik xde guna tangga kite walk in mcm biase tau2 dh sampai atas..
Fyi, Menara ni nak naik xde guna tangga kite walk in mcm biase tau2 dh sampai atas..
masa tgh jejalan kat sini ade krew tgh buat shooting tapi bkn drama, channel ASTRO Ceria host Sazzy Falak n Farish...program kanak2 sihat agakye... = )
Si Azeeq seronok la dapt sukat jalan puas die dpt round...
Si Azeeq seronok la dapt sukat jalan puas die dpt round...
dak tenit ni suke sgt dpt bebas kite dukung pn xmo..
on top view.. Putrajaya cruise lalu...
Thursday, 1 March 2012
Bahagia rasa... : = )
Bahagia Rasa...kenapa ek? sebab... my Mak in Da House... br nk kat seminggu dtg just visited us n my sis for relaxing.... rumah anak anak kat sini utk 2 minggu beb!! serious happy la pasal ape.. bile ai balik rumah je tgk rumah dah bersih , baju yg dh berlonggok bbrp hari dh kemas siap susun.. klu b4 ni bile time aku rajin br la buat klu tidak cantik je dlm bakul tu...even baju2 ajeeq pon sume dh cantik je lipat n susun..heeee nape la mak buat sume xpayah la duk jela rehat tgk TV.. abih mak bilang " bosan la asik duduk je xde buat ape2" ngeh..ngeh... seronok jugak yek balik2 keje je tgk mak dah masak sume syokkla xpayah la kelam kabut blk keje nk masak pape ke sume dh siap... I LOVE U Mak.... very2 muchhh....mekacih byk2!!! jasa mu ku kenag sampai akhir hayat...
Tokmi n Azeeq ( 9 -10mnts)
Monday, 20 February 2012
The Cranberries are Rocking KL in April! walla....
The best rock band that I i like so muchhh since i was in secondary 1,1994... masa tu Cranberries tgh hitz lagu zombie.. datang M'sia buat Live Concert besttt gile r....
In your head, in your head,
Zombie, zombie, zombie,
Hey, hey, hey. What's in your head,
In your head,
Zombie, zombie, zombie?
Hey, hey, hey, hey, oh, oh, oh,
Oh, oh, oh, oh, hey, oh, ya, ya-a...
Zombie, zombie, zombie,
Hey, hey, hey. What's in your head,
In your head,
Zombie, zombie, zombie?
Hey, hey, hey, hey, oh, oh, oh,
Oh, oh, oh, oh, hey, oh, ya, ya-a...
The Cranberries are nowhere near dying, for they are both releasing the first new record in 10 years, and flying around the globe in a world tour. Malaysian fans will be the lucky ones for they could listen to ‘Zombie’ live....The one-night concert will be held at Stadium Negara this coming 4 April!!!
But unfortunately, i couldn't go to the concert.... coz that day are not suitable time for me.. 4th April is Wednesday.. tapi kalau ikutkan hati memmang nak je pegi sorang pon soranglah sbb my hubby xboleh gi kalau hari kerja...arrrhhhhh kenapela die xbuat on weekandDDD???? frust den!!
Kumpulan yang dianggotai oleh Noel Hogan, Michael Hogan, Fergal Lawler, dan juga Dolores O’Riordan
Bile dengar lagu - lagu Cranberries mesti teringat zaman2 sekolah dulu.. so much fun!!! and tambah vocalist die Dolores O’Riordan mempunyai suara yg unik... bestye kalu dpt gie..hishhhhh!!! Aling...jomla kite gi ling... jomle... huhuhuuu..
Monday, 13 February 2012
let's ride until you fall asleep
ummi bile tgk vid. ni mesti gelak sbb ajeeq dh ngantuk
tahap gaban pon ttp suruh kite tolak motor die..
Razeeq masa ni 7 bulan, 1st ride on his favorite motor... and die xnak turun bile kite nak angkat dari motor tolak tu sampai die tertido-tido.. so funny dat time... and sorry for the video capture jadi melintang plak sila tgk menyenget sikit yer.. heeeheee..
Mari merangsang si manja anda dari 0 - 1 tahun
Bayi mula menerima rangsangan semenjak daripada alam janin lagi. Jadi, jangan anggap bayi yang berusia 0- 4 bulan hanya boleh minum susu dan tidur sahaja. Di usia seawal ini bayi sudah boleh bermain untuk merangsang perkembangan motor halusnya. Berikut adalah jenis permainan sesuai untuk si manja berusia 0 hingga 1 tahun.
Jenis Permainan : “Mari menari!”
Usia : 0 dan seterusnya
Kelebihan :
• Menggembirakan bayi
• Membantu menenangkan dan memberi rasa aman (salah satu kaedah merangsang kecerdasan bayi)
• Merangsang kepekaan deria pendengar bayi
• Melihat serta merasa pergerakan
• Meningkatkan daya keseimbangan bayi
• Mengasah kepekaan untuk mengenal dan mengikut rentak
• Meningkatkan perkembangan sosial dan emosional bayi
Jenis Permainan : Menggantung permainan dan biarkannya bergerak
Usia: 0 hingga 8 bulan
Kelebihan:
• Merangsang deria penglihatan bayi
• Melatih penglihatan bayi untuk fokus
• Merangsang kemampuan kognitif
• Melatih koordinasi mata dengan tangan, atau mata dengan kaki
Jenis Permainan : Bercermin
Usia: 0 hingga 1 tahun
Kelebihan :
• Belajar untuk fokus pandangan kepada sesuatu objek
• Menunjukkan hubungan sosial
• Memahami diri secara fizikal
Jenis Permainan : ‘Peek-a- boo’
Usia: 0 hingga 4 bulan
Kelebihan :
• Memfokuskan pandangan terhadap objek di sekitarnya
• Mengetahui sebab atau akibat
Jenis Permainan : Mengayuh basikal di udara
Usia: 0 hingga 4 tahun
Kelebihan :
• Meningkatkan kepekaan bayi terhadap bahagian-bahagian tertentu yang terdapat pada tubuhnya
• Membantu membiasakan bayi dengan aktiviti yang melibatkan gerakan fizikal
Thursday, 2 February 2012
Virus M
Virus M sedang menyerang diri aku skgni... ape tu? Malas tahap dewa derr... ntahla sejak sebulan ni rasa malas je nak buat ape2 sgt xmcm sebelum aku mmg jenis rajin kemas rumah , masak resepi2 baru, main2 dgn azeeeq en macam2 la lagi benda yg aku rajin buat...
Tapi lepas dua minggu lepas kena mual- mual , muntah - muntah n pening lalat terus virus M ni datang... haaaaaa
(sbb pregnant la tu) thihihihihihii... masa pregnant kan ajeeq dulu xde la mcm ni aku cam biase je rajin suke buat keja itu ini sampai lupe diri yg awak tu tgh mengandung jalan pon xreti slow-slow... eheheheheh masa tu okla jugak tp masa sebelum pregnantkan ajeeq pernah miscarriage 3 bln... lagi teruk sbb rajin punye pasal masatu keje kahwen my brother Abg Chik, sbb rajin jugak nak tolong mak, aku gi ikut pinjam kuali masak kat rumah mak aji sebelah.. benda alah tu lah yang aku dok angkat dr rumah mak aji ke rumah aku .. berat weiii sbb kauli die jenis tembaga kuali utk org masak kenduri ce bayang kan jap heeeehe.. ha patuh abis la bleeding gugur isi dlm perut hmm mmg sedih and tekilan la.. sbb xjaga .. tu sume sbb rajin punye pasal la... but now different plak aku jadi MALAS!!!!!... Mr Hubby pls pandai2 jaga diri ye.. klu nk masak pon aku xlarat.. teruk ye aku ni... Ya Allah linungi la Hamba mu ini.. Amin... = )
Have a nice day uolls!!

Wednesday, 18 January 2012
Kisah Bidadari :: Ainaa’ ul Mardhiyah ::
“Sebaik-baik wanita ialah yg tidak memandang & tidak dipandang oleh lelaki.”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdul Wahid bin Zaid: “Pada suatu hari ketika kami di dalam satu majlis persiapan untuk pergi berjihad, aku memerintahkan kawan-kawanku untuk mula keluar ke medan peperangan pada hari Isnin, lalu seorang dari kami membaca ayat 11 surah Attaubah yang bermaksud: “Sungguh Allah SWT telah membeli dari kaum Mukminin jiwa dan harta mereka dengan dibayar syurga”.
Di dalam majlis itu ada seorang pemuda yang berumur 15 tahun. Beliau yang baru kematian bapanya telah menerima harta waris yang banyak telah berkata: “Ya Abdul Wahid, aku bersaksikan padamu untuk menjualkan diri dan hartaku untuk mendapatkan syurga itu”. Aku berkata padanya: “Sungguh berat untuk menghadapi tajamnya pedang itu sedangkan kamu masih kanak-kanak, aku takut kamu tidak tabah, juga tidak sabar untuk menghadapinya sehingga tidak kuat meneruskan penjualan itu”. Pemuda itu lantas berkata: ” Wahai Abdul Wahid, apakah aku akan lemah kalau aku menjualkan diriku pada Allah SWT? Aku persaksikan padamu sekali lagi bahawa aku telah menjualkan diriku pada Allah SWT. Kami tidak merasakan anak kecil tidak boleh berbuat demikian”. Maka pemuda itu menyerahkan semua hartanya yang ada kecuali pedang, kuda dan sedikit bekalan untuk ke medan peperangan.
Bila tiba hari Isnin, beliaulah orang yang pertama sampai untuk berangkat ke perbatasan dan mengucap salam kepada ku: “Assalamualaikum ya Abdul Wahid” Aku menjawab: “Wa alaikassalam warahmat Allah wabarakaatuh. Semoga Allah SWT memberi keuntungan dalam jualanmu itu.”
Ketika perjalanan, pemuda itu berpuasa di siang hari dan bangun sembahyang serta menjaga keselamatan kami di waktu malam. Beliau jugalah yang menjaga ternakan yang kami bawa sambil melayani keperluan kami di siang hari. Ketika sampai di sempadan negeri Rum, tiba-tiba pada suatu hari selepas waktu Asar, pemuda itu datang meluru sambil menyeru: “Alangkah rindunya aku akan Ainaa’ ul Mardhiyah”. Ramai di antara kami menyangka pemuda itu mengalami ganguan saraf ingatan.
Lalu aku menyambut kedatangannya seraya bertanya: “Wahai kesayanganku, apakah itu Ainaa’ ul Mardhiyah?” Lantas beliau menjawab: “Tadi aku tertidur sebentar. Aku bermimpi seseorang datang kepadaku seraya berkata, mari aku bawa kamu bertemu Ainaa’ ul Mardhiyah. Aku dibawa ke satu taman yang sangat cantik. Di situ ada sungai yang airnya sangat jernih. Aku melihat ramai gadis yang kecantikan mereka tidak dapat aku gambarkan, lengkap dengan perhiasan sedang bermain di taman itu. Apabila mereka menyedari kehadiranku, dengan wajah teramat gembira mereka berkata Demi Allah, itulah suami Ainaa’ ul Mardhiyah. Lantas aku memberikan salam kepada mereka, Assalamualaikunna, apakah di sini tempat Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka menjawab salamku dan berkata tidak, kami hanyalah budak dan pelayannya, majulah kamu ke depan lagi.”
Pemuda itu meneruskan ceritanya: “Akupun meneruskan perjalananku sehingga sampai ke satu taman yang ada sungai susu yang tidak berubah rasa. Kehadiranku disambut oleh sekumpulan gadis yang lebih cantik dari yang pernah ku lihat sebelum mereka. Mereka berkata, Demi Allah lihatlah, suami Ainaa’ ul Mardhiyah sudah sampai. Akupun mengucapkan salam kepada mereka lantas bertanya, apakah ada di antara kamu ini Ainaa’ ul Mardhiyah? Sesudah menjawab salamku mereka berkata yang mereka adalah budak serta pelayan-pelayan Ainaa’ ul Mardhiyah. Mereka meminta agar aku meneruskan perjalananku.”
Pemuda itu berkata lagi: “Aku meneruskan perjalananku sehingga sampai ke satu lembah yang ada sungai khamar pula. Di situ ramai gadis sedang bersuka ria, yang mana mereka lebih cantik sehingga menyebabkan aku lupa akan kecantikan gadis yang aku lihat sebelum mereka. Akupun mengucap Assalamualaikunna, apakah ada pada kamu Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka juga berkata tidak, kami hanyalah budak dan pelayannya, teruskan perjalanan kamu ke hadapan.”
Pemuda itu menyambung cerita: “Tiba-tiba aku bertemu pula dengan sungai madu di dalam satu kebun. Ku lihat kebun itu dipenuhi dengan ramai gadis yang bagaikan cahaya dalam kecantikan mereka. Aku mengucap Assalamualaikunna, apakah di sini ada Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka menjawab Ya Wali Allah, kami hanyalah budak serta pelayannya sahaja. Majulah kamu ke hadapan”.
Pemuda itu mengakhirkan cerita: “Akupun meneruskan perjalanan. Tiba-tiba aku sampai pada satu kemah yang diperbuat dari permata yang berlubang. Ku lihat ada seorang gadis yang lebih cantik dari sebelumnya sedang menjaga pintu kemah tersebut. Setelah ia melihat akan kehadiranku, dengan nada gembira ia berseru, wahai Ainaa’ ul Mardhiyah, suami kamu sudah sampai. Dengan rasa penuh rindu, akupun meluru masuk ke dalam kemah berkenaan. Di dalam kemah itu ada satu tempat tidur yang diperbuat dari emas yang bertaburan permata yakut serta berlian. Sungguh aku terpesona bila ku lihat akan kehadiran seorang gadis yang sangat cantik rupawan, menatap aku dalam senyuman duduk di atas tempat tidur berkenaan. Dengan alunan suara merdu ia menyambut aku dengan kalimat, Marhaban bi waliyir Rahman, sudah terlalu hampir saat pertemuan kita. Aku ingin mendakapnya. Tapi Ainaa’ ul Mardhiyah lantas berkata kepadaku, sabarlah dahulu wahai kekandaku kerana belum tiba masanya, kamukan masih hidup di alam dunia. Nanti bila malam kamu akan berbuka puasa di sini InsyaAllah. Kemudian akupun tersedar dari tidurku. Wahai Abdul Wahid, aku rasa tidak sabar lagi…”
Abdul Wahid berkata: “Belum sempat pemuda itu menghabiskan ceritanya, tiba-tiba kami diserang oleh pasukan musuh. Bersama pemuda itu kami melakukan serangan balas terhadap pasukan musuh berkenaan. Setelah ia berjaya membunuh sembilan orang kafir, akhirnya ku lihat pemuda itu rebah Akupun segera pergi ke arahnya. Dalam keadaan tubuhnya yang berlumuran darah, ku lihat pemuda itu dalam keadaan tersenyum sehinggalah ia meninggal dunia.”
Wallahu’alam.
P/S : Maybe the next coming baby i will gonna name by this beautiful of bidadari syurga Allah "Ainaa’ ul Mardhiyah” if this is a baby girl .... soonn InsyaAllah!
Tuesday, 17 January 2012
Ayat Pengasih Nabi Yusuf Alaihissalam
Rahsia Ayat Pengasih Nabi Yusuf
"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"
Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."
Kemudian sambung Surah Thaaha Ayat 39
"Wa-alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna' 'Alaa 'Ainii"
Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."
Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.*Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik
Friday, 13 January 2012
Outdoor chill-out
Baru-baru nie pak sedara n mak sedara dr kota tinggi datang... so utk meng-entertain tetamu kami dari jauh nie.. sis ita n mak telah bawa Ami Mamat n Umi Narimah off to Cameron Highland & Bukit Tinggi.. utk dua hari berturut....and me..hmm so sad masa tu saya kena sakit mata telah dijangkiti oleh Ajeeq sebelum ni.. ummi polak kena waduhh xdpt ler joint tp bole ler share gambar2 dorang masa gi sana...
Dah lama rasa xnaik cameron teringin la nak makan strawberry coklat kat atas nuu..sambil layan feeling angin sejuk and hot teh boh... ling...bile nak bawa ai gi ni? ehehehe...
Dah lama rasa xnaik cameron teringin la nak makan strawberry coklat kat atas nuu..sambil layan feeling angin sejuk and hot teh boh... ling...bile nak bawa ai gi ni? ehehehe...
short trip only them witout kids and cucu - cucu mereka... syokler eh
ladang teh yg menghijau...sejokkye mata
from left: my Mak , Umi Narimah n Ami Mamat
tea time @ Cameron Valley
may fav... will gonna get this oneday...nak ajak Aling gi jgk...
fresh strawberry tp biase klu dh bawa turun jadi masam!
ita borong bunga ka.. fresh flowers lebih murah banding beli kat kedai bunga biasa
bunga Lavenda pon ada jual taw.. Love it!!
Second Day Bukit Tinggi
Hope derang enjoyed this shor trip..just wanna reward them especially to Mak, Ami Mamat n Umi Narimah..dah penat jaga anak... jaga cucu... sekali sekala bagi derang rasa happy jalan-jalan... ; )
Wednesday, 4 January 2012
Gulai...ooo..Gulai...
Percubaan pertama saya memasak hidangan gulai tempoyak untuk Mr hubby...and the taste was good...well done! yeay..resepi dapat dari MIL ... bukanya susah pon sebenarye... bahan yg paling penting mestilah tempoyak atte udah musim doroyan kan...of cos byk stok doroyan ye..menyengat satu kete bawak balik KL...
Saya pon bukanye pandai sangat masak pon lepas kawen je baru reti masak lauk pauk... ehehe standart la tu kan..
Saya pon bukanye pandai sangat masak pon lepas kawen je baru reti masak lauk pauk... ehehe standart la tu kan..
hasil air tangan sendiri..meal for our lunch..
ikan goreng, rendang ayam nasi putih and......
gulai tempoyak dan sambal tempoyak
gulai tempoyak tu kalau selain ikan boleh gak ganti dengan udang & sayurye plak saye letak mentimun saje..
Musim dorian...
last 2 weeks balik ipoh not much xtiviti cuma yg best tgh musim dorian musim buah kat kg opah...mohle kite beramai-ramai balik ke Jawang gi dusun dorian pah....
Dusun dorian betul berdepan dengan sungai besar perak nyaman .. tenang... and 1st time tgk org masak lempuk...die cam kacau dodol jugakla non stop kena kacau sampai die likat and betul2 masak...
see view depan tu nampak kan sungai perak....
disamping tu bolehla gak memancing ikan.. tapi kan my hubby mancing ikn sekor pon xkena kiiikiiiii....
sbb kite org kacau sibuk gak nak turun patu pot pet pot pet... mcmana ikan nak kena..hihiihihi tensen je my hubby korang nie buat bising je...alaa die tu yg xbrp reti nak pancing ckp kiteorg bising lak heehehe..
air yg tenang jgn disangka tiada buaya..
eh..ada ke buaye??
haaa nila lempuk dorian tu..kacau sampai die jadi likat jenuh jugakla...
best je rasa mcni mcm berpiknik lak.. sambil tu ade cempedak goreng buah langsat...ajeeq sukela...
see si ajeeq tu dpat lepas berjalan menonong...je ikut sukedie patu bile kite kejar die..
die babai kite lak..
Subscribe to:
Posts (Atom)